Tuesday 9 August 2011

Ayam goreng kicap asam jawa (resepi penulis)

Ayam goreng kicap asam jawa(resepi penulis)


Bahan-bahan:-

-500g ayam,xkisahlah berapa banyak pun..
-serbuk kunyit dan garam secukup rasa
-bawang besar 1biji
-bawang merah 2biji xda pun xpe..ikut sukelah
-bawang putih 2ulas
-cili padi secukup rasa *nak pedas masuk byk yer...
-halia * kalau perlu jer... saya xsuke,tapi isteri suke..hehehe
-1 atau 1/2 sudu kecil garam *secukup rasa
-kicap secukup rasa *saya suka guna kicap cap kipas sebabnya manis jadi xpayah masuk gula byk
-gula secukup rasa *jgn byk nanti manis sangat
-minyak masak

cara-cara memasak:-

pertama
-perap ayam dengan serbuk kunyit bersama garam secukup rasa
-panaskan kuali dengan minyak masak
-goreng sampai rasa sedap jer nak di makan

kedua
-gorengkan bawang besar,bawang putih,bawang merah,cili,halia sikit yang telah dipotong
-goreng sampai keluar bau wangi*jangan hangit plak yerr..
-lepas itu tuangkan kicap secukup rasa
-asam jawa tadi dicampur dengan sedikit air dah tuangkan air asam jawa dalam kuali
-gaulkan bersama2 bahan yang ada.
-masukkan sedikit garam dan gula secukup rasa.
masukkan ayam yang telah digoreng sebentar tadi,biarkan selama beberapa minit dan hidang,siap untuk di makan

*waktu berbuka memg sedap dimakan lagi2 waktu sahur,datang selera makan tu...*

Sunday 7 August 2011

Gulai nenas ikan kering orang utara Bahan-bahan:

1 paket serbuk kari ikan / ikan kering 
1 biji nenas 
Isi / tulang ikan talang kering 
Santan 
garam 
bawang merah 
daun kari 
minyak untuk menumis
Cara memasak : 
 
  1. Ikan talang direndam. 
  2. Rebus nenas yang telah dipotong bersama-sama dengan serbok kari sehingga hampir kering dengan api sederhana. Kemudian masukkan santan dan ikan talang tadi biarkan mendidih. 
  3.  Ketepikan. Garam bubuh kemudian sebab gulai tersebut mungkin telah masin dari isi ikan talang tersebut.(Rasa dulu)
  4. Bawang merah dimayang kemudian ditumis didalam kuali bersama-sama dengan daun kari. 
  5. Setelah garing masukkan bawang bersama-sama minyak tadi ke dalam gulai ikan tadi. 
  6. Kacau sebentar kemudian tutup periuk tadi. 
  7. Siap dan boleh dimakan. 

Friday 5 August 2011

PETUA

PETUA KESIHATAN


Salam sejahtera buat para pengunjung. Dibawah ini dikumpulkan beberapa petua kesihatan untuk tatapan anda. Semoga ianya akan memberi manafaat buat anda. Walaupun perubatan moden telah menjadi amalan kita dimasa ini, namun janganlah hendaknya kita melupakan terus petua-petua dari nenek moyang kita kerana ada keistimewaan tersendiri pada petua tradisi ini.
Hilangkan jerawat batu
Hilangkan jerawat batu dengan ambil sedikit beras, tumbuk hingga halus dan campurkan dengan sedikit air. Gunakan pada waktu hendak tidur, tiga kali seminggu.

Serikan wajah
Serikan wajah dengan rendamkan teh semalaman. Sapukan seluruh muka keesokkan harinya sebelum mandi. Wajah anda akan berasnsur-ansur licin serta kelihatan segar.

Menyegarkan kulit muka
Segarkan kulit muka dengan perahan jus epal hijau yang dikatakan menyegarkan kulit muka. Sapu kemuka dan biarkan selama 5 hingga 10 minit kemudian cuci muka dengan air bersih.

Rawat kulit melecur
Rawati kulit yang melecur dengan susu cair atau susu pekat manis. Tuang keatas bahagian yang terkena air panas. Pastinya ia tidak akan mengelembung dan berparut.

Hilangkan bau mulut
Hilangkan bau mulut dengan menumbuk lumat sepuluh kuntum bunga cengkih dan tiga ulas bawang putih.
Gosokkan pada gigi dan berkumur hingga bersih. Lakukan 3 hari sekali.

Masalah kencing manis
Ubati kencing manis dengan hempedu ayam. Simpannya di dalam peti sejuk. Esoknya ketika hempedu itu
telah beku, telannya bersama air sejuk. Lakukan selama seminggu.

Masalah senggugut
Daun betik dikatakan boleh menghilangkan sengugut. Ambillah segengam ditumbuk dan airnya hendaklah
diminum pada setiap pagi selama tiga hari pada setiap bulan.

Kulit perut berkedut
Elakkan kulit dibahagian perut berkedut dengan sesudu air kecil air limau nipis, sesudu air kapur sirih dan 20
titik minyak kayu putih. Gaul dan sapu pada kesan-kesan pecah dalam masa dua minggu.

Masalah kembung perut
Atasi masaalah kembung perut dengan dua ulas bawang putih. Bakar bawang putih tersebut dan kupas kulitnya dahulu serta makanlah bawang putih berkenaan.

Masalah sesak nafas
Atasi masaalah sesak nafas dengan merebus beberapa biji mata kucing. Apabila ia mendidih, sejukkan dan minum. Buat seberapa banyak yang boleh dan amalkannya selalu.

Masalah kencing tidak lawas
Atasi masalah kencing tidak lawas dengan menggunakan air basuhan beras yang ketiga. Minum air basuhan tersebut segelas setiap hari dan lihatlah perbezaannya.

Bibir Merekah
Minum air kelapa muda yang dicampur dengan kuning telur dan sedikit madu lebah. Amalkan meminumnya sekali dalam sehari dan nantikan hasilnya.

Segarkan Kulit Muka
Sapukan jus epal hijau kemuka dan biarkan selama 5 hingga 10 minit kemudian cuci muka dengan air bersih.

Rawati Kulit Melecur
Tuangkan susu cair atau susu pekat manis keatas bahagian yang terkena air panas. Pastinya ia tidak akan mengelembung dan berparut.

Merawat Sakit Tekak
Jika anda menghidap sakit tekak, anda perlu mendapatkan beberapa keping asam keping. Asam keping ini hendaklah dibakar hingga menjadi hangus. Setelah itu ditumbuk dan digaul dengan sedikit air sirih. Setelah itu sapukan pada bahagian tekak anda yang sakit. Insya Allah tekak anda akan sembuh seperti sediakala.
Mengurangkan Batuk
Ambil satu ataupun dua sudu nasi panas yang baru saja masak. Kemudian masukkan ke dalam cawan dicampurkan sedikit air. Setelah itu, embunkan nasi tersebut selama semalam. Keesokan harinya, minumlah air tersebut. Ulangi petua ini hingga beberapa hari. Insya Allah, batuk anda akan sembuh dengan segera.
Asma/Sesak Nafas
Ambil 4-5 helai daun buah keras laut. Ramaskanlah daun tersebut dengan air bersih. Kemudian saringlah setengah gelas. Embunkan semalaman sebaik-baiknya dilakukan pada waktu pagi. Apabila bangun tidur, ambil air tersebut dan dicampur dengan sedikit madu. Minumlah berulangkali setiap pagi ramuan ini.



Menurunkan panas badan
Daun bunga raya amat berguna unutk menurunkan panas badan ketika demam.

Ambil beberapa helai daun bunga raya dan ramas di dalam air hingga hancur.Sapukan pada kepala dan seluruh tubuh hingga basah. Biar kering sendiri dan ulang lagi hingga reda panasnya.
Manfaat Air Nenas
Kencing batu karang menyakitkan, badan berasa tidak arah dan demam. Setiap kali buang air berasa sakit. Mungkin petua ini dapat membantu anda. Kupas sebiji nenas dan cincang.Campur segelas air serta sedikit garam dan dikisar halus.Minum air nenas segelas setiap hari sehingga penyakit anda nampak pulihnya.
Menyegarkan Mata Gatal dan Letih
Ambil beberapa helai daun sireh muda.
Kemudian, cuci bersih. Ramas-ramaskan ia dan masukkan ke dalam air suam. Selepas itu, tapis airnya. Selanjutnya rendamkan mata sambil kerdipkan berulang kali. Lakukan selalu dan hasilnya anda akan merasai perubahannya.
Penawar Resdung
Petua yang paling mudah dan berkesan ialah dengan mengamalkan menyedut air ke dalam hidung (seperti sebelum kita ber wuduk).Kemudian picit sebelah hidung dan hembuskan sekuat hati. Buatlah berulang-ulang kali sehingga selesai kedua-duanya. Selepas itu basuhlah muka dengan bersih. Lakukan ini setiap kali setelah sampai ke satu-satu destinasi, baik ke pejabat,bersantai, beriadah atau pulang ke rumah malah ke mana saja. Kesannya sungguh menakjubkan.
Sembuhkan luka selepas bersalin
Bagi wanita yang baru bersalin dan ingin luka cepat sembuh, anda boleh amalkan petua berikut: Mula-mula ambil beberapa helai daun jambu batu dan dua keping asam keping. Kemudian rebus sehingga mendidih. Biarkan seketika sehingga air tadi menjadi suam. Cuci bahagian luka tadi dengan menggunakanair tersebut.
Insya Allah luka akan cepat sembuh.



Legakan Sakit Kepala
Setiap orang mungkin mengalami sakit kepala yang amat sangat akibat tekanan di tempat kerja dan sebagainya.Jadi untuk menghilangkan rasa sakit kepala itu, ambil tiga atau empat keping asam gelugor atau asam keping. Rendamkan dalam air suam semalaman. Minum air tersebut pada keesokkan harinya. Insyaallah sakit kepala anda akan hilang serta merta.



Kilatkan rambut dengan biji betik
Ambil biji betik yang sudah masak sebanyak dua genggam, Bersihkan kulit biji yang berair itu, dan jemursampai kering. Bila sudah kering, gorengkannya tanpa minyak sampai hangus. Setelah itu bolehlah ditumbuk atau digiling biji betik itu hingga lumat. Pindahkan pada piring dan bancuh dengan air. Sebelum menggunakannya bersihkan rambut anda terlebih dahulu . Keringkan rambut anda dan sapukan bahan tadi tanpa syampu. Anda akan dapat lihat hasilnya. Rambut anda akan kelihatan hitam dan berkilat.



Hilangkan Lemak
Jika anda mengalami masaalah berat badan anda boleh menggunakan air asam jawa sebagai minuman harian.ini kerana, air asam jawa boleh menjadi alternatif bagi mengurangkan lemak dalam badan anda. Caranya; Ambil sebuku asam jawa, Ramas dengan air sebanyak satu gelas. Masukkan air asamjawa tadi kedalam peti sejuk. Minum air tadi selepas makan tengahari atau selepas makan malam. Amalkan meminumnya setiap hari dan anda akan dapati tubuh anda bertambah segar dan langsing.



Merawat Ketumbit
Jika ada dikalangan keluarga atau rakan-rakan anda menghadapi masaalah ketumbit di mata, Tak perlulah risau kerana ianya mudah dirawat dengan bawang putih sahaja. Caranya, ambil seulas bawang putih, guris sedikit bahagian hujungnya dengan kuku agar keluar airnya dan sapukan pada kelopak mata yang ber ketumbit tadi 3 kali sehari. Insyaallah ketumbit akan beransur baik dalam masa singkat.



Menghilangkan Panau.
Panau adalah sejenis penyakit kulit yang tidak menyakitkan. Namun ianya membuat kulit anda kelihatan tidak menarik. Oleh yang demikian jika anda mengalami masaalah panau, cubalah petua di bawah ini:
Ambil lengkuas atau bawang putih, gosokkan pada panau itu sehingga kulit anda terasa perit dan kemerah-merahan. Ulangi selama seminggu. Insyaallah panau anda akan beransur hilang dan kulit anda akan kelihatan lebih menarik.



Melangsingkan badan.
Melangsingkan badan,cara paling mudah dan murah ialah:
1-Dua biji lobak merah dipotong
2-Sebiji mentimun segar,
3-Sebiji limau nipis,
Kemudian ketiga-tiga bahan ini dikisar dan diperah airnya untuk diminum.Amalkan dua kali sehari setiap pagi dan malam. Insyaallah badan yang gedempol akan beransur langsing dan menarik.



Awet muda dan menarik.
Wajah anda kelihatan tua kurang menarik dan berminyak.
Amalkan ketiga-tiga cara di bawah.
1-Banyakkan ketenangan, berzikir dan sentiasa mengingati Allah.
2-Minum segelas air suam setiap pagi sebaik bangun tidur.
3-Makan sehelai daun pegaga segar setiap hari selama 40 hari.



Khasiat bawang putih.
Mereka yang menghidap lelah dan semput seringkali menghadapi masaalah bila termakan makanan dingin seperti rambutan, mentimun dan betik. Untuk ke klinik kita akan mengambil masa dan kos yang tinggi, Oleh itu cubalah petua di bawah:
Dua ulas bawang putih-ditumbuk,
Tiga sudu minyak masak.
Campurkan kedua bahan tadi dan sapu pada leher, dada dan belakang. Dalam masa sepuluh minit kita akan lihat perubahannya. Ia juga boleh digunakan ketika batuk.





Senaman Untuk Wanita…

Senaman ini aku dapati di dalam sebuah majalah. Ianya adalah untuk perempuan yang ingin menjaga badan dan kesihatan. Kita sebagai wanita memang perlu menjaga badan tetapi kita tidak boleh mengikut gerak geri yang ditunjukkan sembarangan begitu menurut seorang tukang urut berkemahiran . Kadang-kadang kerana terlalu ghairah mau mengempiskan perut kita terlupa bahagian rahim yang amat sensitif dan boleh beralih jika salah teknik mengangkat kaki….misalnya mengangkat kaki untuk mengempiskan perut ditegah sama sekali mengangkat kedua-dua sekali gus kerana ia melibatkan pinggang dan rahim.
Bagi penjagaan dalaman pula, beliau menasihatkan supaya mengelakkan memakan pisang embun & jambu batu….kerana ia akan mengeluarkan air yang banyak..dan akan membuatkan ubat yang dimakan kurang mujarab.
Sebaik sahaja bangun dari tidur..terlentangkan badan, tadah tangan dan selawat ke atas nabi s.a.w sebanyak 3 kali. Usap muka dengan kedua-dua belah tangan bermula dari bahagian hujung dagu bawa ke bahagian kepala dan melurut ke belakang leher. Kemudian terus usap ke bahagian hadapan bawa ke bahagian peha seterusnya kaki dan bongkokkan badan hingga hujung jari mencecah belakang telapak kaki.. Rapatkan muka ke lutut dan tahan nafas seketika.
Kemudian ikutilah dengan senaman ringan..
Senaman (3) di atas adalah untuk mengempiskan perut bahagian bawah.
Pegang tangan di bahagian leher dan selesakan kedudukan. Tahan nafas sambil mengempiskan perut dan angkat kaki kanan perlahan-lahan dan berturut-turut. Buat mengkut kemampuan . Ulang dengan kaki di sebelah kiri dengan jumlah yang sama.
Senaman (4) pula untuk mengempiskan perut bahagian atas.
Dalam kedudukan yang sama luruskan kaki dan tanah nafas. Kempiskan perut dan angkat kepala…sehingga kepala renggang sedikit daripada lantai. Ulangi beberapa kali mengikut kemampuan.

Senaman Menjarakkan Anak…

Senaman di atas adalah untuk mereka yang berhasrat untuk menjarakkan anak. Setiap kali selepas bersama suami…jangan terus tidur.
Lurutkan tanah ke bahagian kaki sehingga ke hujungnya seperti di dalam gambar.
Silangkan kaki dan kempiskan perut. Pastikan kaki di bahagian atas terletak di bahagian kepala lutut dan pegang hujung jari kaki dengan tanah. Tahan nafas dan tarik hujun kaki ke ara dalam secara perlahan-lahan dan rapatkan kepala ke lutut dan rasakan regangan di bahagian belakang tubuh….

Kiwi Kaya Khasiat…

Buah kiwi merupakan buah mengandungi banyak khasiat. Ia mengandundi sumber yang paling mewah dengan vitamin E yang jarang boleh didapati daripada lain-lain jenis buah-buahan. Kandungan vitamin E di di dalamnya 2 kali ganda lebih banyak jika dibandingkan dengan buah avocado.
Vitamin E penting untuk mengekalkan kesihatan badan dan membantu melambatkan proses penuaan dan mengurangkan risiko sakit jantung.
Sebiji buah kiwi juga mengandungi 17 kali lebih banyak Vitamin C berbanding epal, 2 kali lebih banyak dari oren dan lemon.
Vitamin C membantu mengelakkan batuk dan selsema serta meredakan ketegangan. Selain dari pada itu kiwi juga mengandungi magnesum, kalsium dan fosforas.

Hilangkan Gelung Hitam…

Seandainya kita suka berjaga malam pasti kita akan mendapati bahagian bawah mata kita mempunyai gelung bewarna hitam. Untuk mengelakkan hitam disekeliling mata setiap kali bangun tidur…celupkan 2 jari kita ke dalam air sejuk berais dah sapukan di bahagian bawah mata sebelum mencuci muka.
Lakukan selalu…insyaallah gelung hitam akan hilang.
Sesekali ambil mentimun potong dan rehatkan mata dengan meletakkan hirisan timun di atas mata….lakukan seminggu 1 atau 2 kali…

Memutihkan wajah….

Bagi anda yang ingin memutihkan kulit wajah…cuba petua ini.
Ambil sebiji mentimun, basuh & parut. Ambil airnya. Campurkan sedikit madu. Pastikan wajah telah dibersihkan terlebih dahulu dan sapukan air parutan mentimun yang telah dicampur tadi sehingga rata. Biarkan beberapa mnit dan cuci dengan air bersih. Lakukan 2 kali seminggu…Insyaallah akan mendapat hasil yang memuaskan…

Petua Ketika Sdg Berpantang

Untuk mengecutkan rahim….

Agar rahim cepat mengecut setelah melahirkan…amalkan memakan jamu , bertungku atau bersalai. Satu lagi cara agar luka-luka bersalin cepat sembuh ialah…ambil sebiji atau 2 biji manjakani dan rendam dalam air panas untuk beberapa minit.
Setelah agak lembut, manjakani itu ditumbuk halus dan bulat2kan sebesar biji kacang…kemudian telan…amalkan pagi & petang…Insyaallah luka akan segera sembuh dan saluran peranakan serta rahim akan cepat mengecut.
Untuk memudahkan buang air besar….
Selalunya selepas melahirkan ibu-ibu sukar untuk membuang air besar. Dan sekiranya kita baru melahirkan memang dilarang keras kita meneran dengan kuat. Untuk mengatasi masalah ini …cuba ambil/makan daun sawi yang ditumis dengan sedikit air. Amalkan memakannya setiap hari.
Ketika aku berpantang dulu…aku amalkan memakan 1-3 biji buah prune kering sehari…bermula dari hari pertama melahirkan aku dah mengambilnya setiap hari. Alhamdulillah aku tidak pernah ada masalah membuang air besar….
Untuk mencantikkan pusat bayi…
Bayi yang baru tanggal tali puastnya perlu dijaga agar pusat tersebut tidak tersembul dan bayi tidak mudah terkena kembung perut.
Ambil seulas bawang putih (tumbuk pecah) sedikit jintan putih. Bungkus semuanya dalam kain dan ikat kemas. Panaskan diatas bara dan bila dah suam2 kuku…tuamkan pada pusat dan perut bayi perlahan2….buat juga pada telapak kaki bayi untuk mengelakkan kembung dan sejuk .
Setakat ini dulu petua dan panduan untuk mereka yang baru melahirkan…aku akan masukkan lagi sedikit demi sedikit petua yang berguna untuk pembaca.

Menegangkan Payudara…

Rendam suku mangkuk kacang hijau semalaman. Cuci bersih & kisar halus.
Cara menggunakannya ialah dengan menyapunya kacang hijau tersebut yang telah dicampur dengan sedikit air keseluruh payudara..kecuali bahagian puting yang ditutup dengan kapas basah. Kemudian tutup dengan kain bersih…biarkan kering. Kemudian bersihkan dengan air suam dan kemudian air sejuk…lakukan dua kali seminggu…

Elakkan kaki melecet

Untuk mengelakkan kaki dibahagian belakang yang selalu melecet bila memakai kasut baru….gosokkan lilin putih pada sekeliling tepi sebelah dalam kasut sebelum pertama kali dipakai. Selamat mencuba…

Mencerah bawah lengan…

Hampas kelapa yang telah diperah santannya jgn dibuang. Gunakan untuk menyental bahagian bawah lengan (ketiak) Lama kelamaan insyaallah kulit bahagian tersebut akan menjadi lebih cerah…

Jika mata terpercik air cili…

Ada diantara kita amat menggemari sambal belacan. Dan tidak boleh dinafikan sambal belacan yang di tumbuk memang lebih enak. Sekiranya ketika sedang menumbuk cili …air cili tersebut terpercik ke dalam mata…pergilah ke bilik air dan cuci ibu jari kaki. Sekiranya mata kanan yang kene…maka cuci lah ibu jari kaki kiri…dan jika mata kiri pula cucilah ibu jari kaki kanan. Ada juga orang menyarankan kita mengambil sedikit garam dan masukkan ke dalam mulut.
Insyaallah…selamat mencuba petua orang tua-tua ini…

Menghilangkan pijar pada tangan ..

Ada diantara kita mudah merasa pijar pada tangan apabila kita memegang cili. Dulu tangan aku begitu sensitif pada cili….kalau makan makanan yang pedas2 pun tangan aku boleh pijar. Untuk menghilangkan rasa pijar tersebut gosokkan tangan dengan garam selama 1-2 minit. Gosoklah di sekeliling jari jemari. Kemudian bilaslah dengan air…Insyaallah rasa pijar akan hilang.

Khasiat Lemon…

Mulakan hari anda dengan segelas air suam dan sehiris lemon bagi menggantikan secawan kopi atau teh.
Lemon membantu mencuci hati yang pada ketika itu fungsinya sangat aktif. Ia juga merangsang sistem pencernaan dan menjadikan anda lebih bertenaga. Ia juga berperanan membersihkan usus dan mempercepatkan proses penyingkiran toksin….

Kurangkan berat badan….

Aku pernah terbaca panduan untuk menurunkan berat badan. Memang kadang sukar untuk kita menurunkan berat badan lebih2 lagi bila usia dah meningkat. Berbagai faktor yang turut menyumbang kepada kesukaran tersebut. Adakalanya kita rasa seperti berputus asa dengan usaha-usaha yang kita lakukan selama ini. Melakukan pelbagai eksesais dan aerobik , berpeluh2 tapi masih turun sikit saja.
Kadang-kalau orang membuat persepsi bahawa orang-orang perempuan bimbang tentang berat badan kerana ingin cantik…sebenarnya itu adalah salah satu dari sebabnya tapi yang paling utama ialah kesihatan.
Di sini aku tuliskan sedikit panduan / tips yang ku baca untuk membantu mereka yang ingin menurunkan berat badan…
1. Tingkatkan pengetahuan tentang nutrisi makanan. Ambil tahu tentang ‘piramid makanan’ iaitu yang mana perlu kita ambil lebih dan yang mana perlu dikurangkan.
2. Jangan makan jika tidak berasa lapar. Ada kalanya kita makan kerana mengikut nafsu…atau merasa sayang pada makanan yang terbazir (aku selalu macam ni…sayangkan makanan yang tak habis tiap kali lepas makan).
3. Cuba makan buah untuk sarapan. Kerana buah kaya dengan serat untuk penghadaman. Dulu aku sekeluarga sering makan sarapan berat. Nasi goreng, mee goreng dan segala macam goreng. Tapi bila suami takde aku lebih suka sarapan dengan bijirin. Ini adalah salah satu cara untuk menambah pengambilan serat yang memang kita tau baik untuk tubuh. Cuma pastikan makan bijirin dengan susu rendah lemak.
4. Ucapkan Selamat Tinggal pada restoran makanan segera. Restoran makanan segera selalunya menyediakan makanan bergoreng yang kaya dengan lemak. Jadi seandainya anak2 beriya-iya benar untuk makan di Restoran makanan segera (memang kegemaran anak2)…maka kita boleh membuat pilihan untuk memesan salad sebagai menu kita.
5. Kalau pergi membeli belah…pergilah kebahagian menjual buah-buahan atau sayur-sayuran. Melihat pada sayur2 segar dan buah2an yang beranika macam pasti merangsang kita untuk membeli dan menjadikan ia salah satu sumber utama pemakanan….

Kesan Jerawat…

Untuk menghilangkan kesan jerawat diwajah. Ambil seberapa banyak kulit timun dan di kisar hingga halus. Pupurkan bahan tadi pada wajah dan biarkan setengan jam sebelum dibersihkan. Amalkan setiap hari agar kesan jerawat menjadi kurang.
Semoga mendapat hasil yang memuaskan….

Untuk Darah Tinggi…

Ambil beberapa batang serai …ketuk dan rebus bersama 4 mangkuk air, renihkan selhingga air rebusan menjadi semangkuk. Amalkan minum air rebusan tersebut dua kali sehari…Insyaallah…penyakit darah tinggi akan turun..
Selain dari itu amalkan memakan ulam-ulaman seperti Daun Tenggek Burung & Saderi. Bagi mereka yang tahan kepada rasa pahit yang amat sangat boleh lah amalkan meminum air batang bakawali. Ambil beberapa batang akar bakawali tersebut dihiris halus, keringkan dan simpan. Seminggu sekali ambil dalam segenggam akar bakawali yang dikeringkan itu dan rebus bersama sedikit air. Minum dan amalkan selalu…insyaallah tekanan darah tinggi akan berkurangan.

Kulit Muka Cerah dan Bersih….

Ambil sebiji ubi kentang yang telah dikupas kulitnya. Cuci bersih, potong kecil-kecil dan kisar halus. Campurkan dengan sedikit susu tepung dan gaul untuk dijadikan masker. Pupurkan pada wajah 2 kali sehari pagi & malam selama 10 hingga 15 minit. Bilas dengan air suam dan kemudian dengan air sejuk.
Lakukan seminggu 2 kali dan Insyaallah wajah akan cerah dan berseri…

Menghilangkan Jeragat…

Masalah jeragat memang menjadi masalah pada wanita yang telah meningkat usia. Untuk mengatasinya…ambil sedikit asam jawa dan campurkan dengan sedikit air..agar menjadi satu sebatian…
Sapukan pada muka yang bermasalah selama 15 minit…Kemudian cuci muka dengan air suam. Lakukan beberapa kali untuk beberapa hari. Ianya juga dapat menaikkan seri wajah….
- petua adalah dari Puan Nor Fauziah, Perak….Mingguan Wanita Ia juga sumber serat yang terbaik.



PETUA DI DAPUR
Semuga petua didapur yang kami paparkan dibawah akan dapat sedikit sebanyak membantu para surirumah yang menghadapi masaalah yang berkenaan perkara-perkara seperti dibawah.

Mudah mengopek kerang
Mudahkan mengopek kerang dengan mencampurkan sesudu minyak masak ke dalam air rebusan. Nescaya kerang akan tebuka sedikit dan memudahkan anda mengopeknya nanti.
Tauhu tahan lama
Bagi mencegah tauhu yang kita beli dapat bertahan lama, cuci dengan air bersih. Tus kan tauhu sehingga ia kering dan tuangkan air panas. Biarkan sehingga ia sejuk.
Memotong buah-buahan
Sebelum memotong buah-buahan, pisau hendaklah disapu dengan limau nipis terlebih dahulu. Dikatakan limau nipis mengelak potongan buah-buahan daripada menjadi lebam.
Hindari Kumbang Beras
Hindari beras daripada kumbang beras dengan meletakkan 7 hingga 8 tangkai cili kering kedalam tempat
menyimpan beras. Cili kering tersebut hendaklah ditimbus ke dalam beras tadi.
Masaalah Nasi Mentah
Sekiranya nasi yang kita masak tidak cukup masak atau mentah, jangan risau kerana masaalah ini masih boleh diatasi. Caranya mudah saja. Anda hanya perlu isikan air panas kedalam sebiji mangkuk kecil yang tahan panas. Buatkan lekuk pada bahagian tengah nasi, kemudian masukkan mangkuk yang berisi air panas tadi. Tutup periuk rapat-rapat dan biarkannya diatas api yang perlahan beberapa minit sehingga nasi masak.
Lauk Terlebih Masin
Kadangkala tanpa disengajakan, lauk yang kita masak menjadi terlalu masin dan ini menjadikan ianya kurang enak untuk dimakan. Untuk mengatasi masalah ini, mula-mula ambil sedikit daun pisang, cucikannya sehingga bersih. Kemudian masukkan kedalam masakkan itu tadi. Insyaallah rasa masin akan berkurangan.
Bubur kacang lebih enak
Sebelum merebus kacang, elok digoreng tanpa minyak terlebih dahulu. Goreng sehingga agak garing sedikit dan berbau wangi. Matikan api. Selepas itu rendam dalam air lebih kurang 2 jam supaya ia cepat kembang dan lebih cepat masak nanti. Insya-Allah anda akan dapat bubur kacang yang lebih enak kerana bangkit bau wanginya, apatah lagi di tambah dengan durian sebagai perisa tambahan.
Hilangkan lemak ayam
Basuh ayam dengan mengunakan air bersih kemudian buangkan air tersebut dan ambil tepung gandum, sapukan pada ayam tersebut dengan sedikit air selepas tu bolehlah ia nya di bersih semula mengunakan air. Selepas itu barulah puan campurkan dengan apa sahaja bahan yang hendak dicampurkan sebelum memasakkannya…
Melembutkan cucur kodok
Kalau anda inginkan cucur kodok anda lembut setelah dimasak, bancuhlah dengan air suam. Kemudian goreng seperti biasa. Cucur pasti lembut walaupun setelah sejuk.

Menghilangkan pahit peria
Peria memang pahit. Untuk menghilangkan pahitnya, potong peria dan rendam didalam air berisi garam halus. Setelah lebih kurang 25 minit, sejatkan dan masaklah peria tadi mengikut resepi anda.

Mengelakkan Tauhu melekat dikuali
Tauhu akan melekat jika digoreng. Taburkan garam halus pada permukaan
atas dan bawah tauhu sebelum digoreng. Hasilnya, tauhu tidak melekat lagi.

Mudahkan mengupas kentang
Basuh kentang terlebih dahulu, kemudian rebuslah kentang tersebut selama lebih kurang 5 minit atau sehingga hampir empuk. Sejukkan dan kemudian kupaslah kulitnya. Hasilnya kentang lebih cantik dan mudah mengupasnya.

Membersihkan siput sedut
Jika anda menghadapi masaalah untuk membersihkan siput sedut, petua dibawah ini mungkin berguna bagi anda. Ambil sebekas hampas kelapa, gaulkan siput sedut yang masih hidup itu dan biarkan semalaman. Esoknya barulah anda mula mengerat bahagian hujung cengkerang siput itu sebelum dimasak. dengan demikian bau lumpur dari siput itu akan hilang, malah bertambah rasa lemaknya apabila dimasak.

Mengharumkan dapur
Pada kebiasannya pada bahagian dapuranda akan berbau yang kurang menyenangkan, terutamanya apabila anda menyiang ikan.
Bagi mengatasi masalah ini,rebuslah beberapa keping kayu manis, bunga cengkih dan cuka biasa. Kemudian sembur atau lapkan air rebusan itu pada kabinet, jubin dan sekitar dapur. Ia berkesan bagi menghilangkan bau hanyir serta bau lain yang kurang menyenangkan

Membersihkan minyak gorengan
Jika anda menghadapi masaalah kehitaman pada minyak gorengan, ambil beberapa keping asam keping dan masukkan kedalam kuali bersama bahan gorengan anda. Asam keping tadi akan menyerap kehitaman pada minyak gorengan anda, dan hasilnya anda dapat menggunakan minyak gorengan tadi beberapa kali.

Mengembalikan kesegaran sayur
Jika anda menyimpan sayuran beberapa hari di dalam peti ais, kesegarannya akan hilang. Untuk mengembalikan kesegaran- nya, rendam sayuran tadi di dalam air yang dicampur sedikit cuka selama beberapa minit. Selain dari mengembalikan kesegaran sayuran itu, cuka juga bertindak menghilangkan kotoran pada sayur yand direndam tadi.

Petua dan Panduan…

Aku memang suka mengumpul segala panduan dan petua orang tua-tua. Arwah mak dulu memang rajin mengumpul petua-petua …apa saja petua yang dibaca atau didengar yang boleh memberi manafaat akan ditulis di dalam sebuah buku kecil. Arwah mak bukan saja mengumpul petua malah dia mengamalkannya juga.
Pernah satu ketika aku terjumpa timun yang sudah siap diparut disimpam di dalam petisejuk lalu bertanya pada mak….timun tu untuk disapu pada wajah untuk menyegarkan kulit muka…ala-ala masker gitu…
Di sebabkan kertas-kertas petua yang aku kumpul dah mula bersepah-sepah…maka aku mengambil keputusan untuk menulisnya di sini supaya dpt juga kita sama-sama memanafaatkannya….. Sebahagiannya dicopy dari familiazam.com Terima kasih.
Adalah diingatkan bahawa segala petua tidak akan menampakkan hasil jika tidak dilakukan selalu….

Resipi Biskut-Biskut Cornflake


RESEPI KUIH RAYA

Resipi Biskut-Biskut Cornflake

BISKUT BADAM CORNFLAKES

 
Bahan-bahannya
1 cawan tepung naik sendiri
2 cawan cornflakes di kisar halus
1.1/2 cawan serbuk badam
150 gam mentega
100 gm gula kastor
1 biji telur
1/2 camt vanilla
 


Hiasan:-

Coklat putih di cairkan
Coklat masakan di cairkan
Cara Membuatnya
Ayak tepung, kemudian gaulkan dengan cornflakes yang telah di kisar dan
badam. Ketepikan. Pukul mentega, gula, telur dan esen vanilla. Kaup
balikkan adunan tepung hingga sebati dan menjadi doh yang lembut. Canai
setebal 3 mm, terap denga penerap biskut kegemaran anda. Susun di atas
dulang pembakar yang telah di lenserkan. Bakar dalam ketuhar pada suhu
180 darjah celcius selama 15 minit. Sejukkan di atas redai kuih.
Sementara itu cairkan coklat masakan putih dan coklat. Sapukan coklat
putih di atas permukaan biskut. Ambil lidi dan celupkan kedalam coklat
cecair berwarna coklat dan corak/lukiskan di atas permukaan biskut yang
telah di sapukan coklat putih. Biarkan coklat membeku dan simpan di
dalam bekas kedap udara.
 
 
 
Biskut Cornflakes
Bahan-bahan:
105 gm mentega
2 cawan cornflakes (dihancurkan) jgn kasar sangat
½ cawan gula halus
2 sudu madu
1 biji kuning telur
¾ cawan tepung naik sendiri
1 biji parutan kulit limau sunkist
Cara :
Pukul mentega+gula sampai kembang. Masukkan telur dan pukul hingga
sebati. Masukkan tepung naik sendiri, cornflakes, parutan kulit limau
dan madu. Sudukan kecil2 atau bulatkan sebesar ibu jari. Bakar.
Bahan B
125 gm mentega/marjerin
100 gam gula kastor
1 biji telur
1 camt parutan limau oren
1 camt vanilla



Biskut Cornflakes Cococrunch

Bahan-bahan:
2 cwn tepung jagung
2 cwn planta/mentega
2 cwn gula
4 cwn tepung gandum di goreng dahulu & diayak
1 kotak kecil cornflakes/cococrunch (250/275 g)
2 biji telur – kuning saja
1 sudu teh baking powder
sedikit esen vanila


Cara :
pukul mentega dan gula sehingga kembang masukkan tepung, telur, tepung
jagung, baking powder, essen vanila – uli hingga sebati akhir sekali
masukkan cornflakes/cococrunch yg telah dihancurkan.

Bentukkan mengikut
kesukaan dan bakar sehingga masak.
*Boleh dihias dengan ceri atau manik mutiara.
*Untuk biskut cococrunch boleh dihias dengan cococrunch yg tidak
dihancurkan
 
 
Biskut Cornflakes Oren Bercoklat
Bahan A
150 gm tepung naik sendiri
100 gm tepung jagung
100 gm cornflake di kisar kasar

 
Cara membuatnya:-

Ayak tepung naik sendiri dan tepung jagung.

Campurkan cornflakes. Gaul
rata dan ketepikan. Mentega dan gula di pukul sebati, masukkan telur,
esen vanilla serta kulit oren. Gaulkan mentega dengan campuran tepung
dan cornflakes tadi. Gaul sehingga menjadi doh lembut dan terap mengikut
acuan kegemaran anda. Lenserkan dulang pembakar dan aturkan biskut.
Bakar dalam ketuhar selama lebih kurang 15 minit di dalam suhu 180
darjah celcius. Sejukkan di atas redai kuih. Apabila telah benar-benar
sejuk, celup setengah bahagian biskut dalam coklat cair. Taburkan
sedikit badam cincang. Simpan dalam bekas kedap udara.
 
 
CORNFLAKES CHOCOLATE MACAROONS

Bahan-bahannya
140 gm Conflakes
200 gm Chocolate Chips
140 gm Gula Kastor (Castor)
6 biji putih telur
1/2 sudu teh Serbuk Vanilli
Sedikit garam
 
Cara-caranya:-
1. Masukkan sedikit garam ,1/2 sudu teh serbuk Vanilli, Putih telur
diadun dlm mesin pengadun hingga sebati.
2. Kemudian perlahankan mesin pengadun masukkan gula sedikit demi
sedikit kemudian adun dgn kelajuan hingga sebati.
3. Setelah sebati keluarkan adunan tadi ke dlm berkas masukkan Conflake
dan kacau perlahan-lahan berselang-seli dgn Chocolate Chips kacau hingga
rata.
4. Ambil Paper Cup susun diatas dulang kemudian ambil sudu dan ambil
sedikit adunan tadi (ikut cita rasa) letakkan ke dlm paper cup tadi.
Setelah penuh diisi satu dulang kemudian masukkan ke dlm ketuhar dgn api
yg cukup perlahan 120 darjah selama 20 minit.


CORNFLAKE CRUNCHIES

Ingredients
105 grams butter or margarine
1/2 cup castor sugar
1 egg yolk
3/4 cup self raising flour, sifted
100 grams cornflakes, lighted crushed
1/4 cup red glace cherries, chopped
1/4 cup toasted almond, skinned and chopped

Method
1. Cream butter and sugar until light and creamy. Add egg yolk and mix
well. Fold in flour, cornflakes, cherries and almonds, and mix well.

2. Shape the dough into small balls and lightly flatten the tops with a
wet fork. Place on a lightly greased baking tray. Bake in a preheat
170 degree celsius oven until lightly browned.



Cornflakes Madu

Bahan-bahan

1/4 cawan mentega
1/4 cawan madu
1 sudu makan gula
4 cawan cornflakes
1/2 cawan kacang yg telah digoreng tanpa minyak (buang kulit)-tumbuk
kasar


Cara-cara:-
Mentega, madu dan gula dimasukkan ke dalam periuk. Masak dengan api yg
kecil, kacau sehingga mentega cair. Cornflakes dan kacang dicampurkan ke
dalam mangkuk. Tuangkan bancuhan mentega dan madu tadi kedalam mangkuk
yg berisi cornflakes dan kacang tadi. Gaul rata dan masukkan dlm cawan
kertas menggunakan sudu makan, kemudian susun dalamloyang dan bakar
selama lebih kurang 10 minit.



CORNFLAKES PERMATA

Bahan-Bahan:
125 gm mentega
100 gm gula
1 biji telur
175 gm tepung gandum
1 sudu teh serbuk penaik
125 gm cornflakes
Ceri merah
Mangkuk kertas hitam


Cara:
Pukul gula dan mentega hingga kembang.

Masukkan telur dan esen vanila.
Ayak tepung bersama serbuk penaik. Campur tepung dan cornflakes ke dalam
adunan mentega. Gaul rata.
Ambil secubit-secubit dan masukkan ke dalam mangkuk kertas. Bubuh ceri
sebagai hiasan.


KEPINGAN WALNUT & CORN FLAKES RANGUP
Bahan-Bahan
5. Keluarkan dari ketuhar dan ketepikan hingga sejuk

Bahan A:
45 gm mentega
60 gm gula aising , diayak
1 1/2 biji telur, dipukul
1 1/2 sudu teh esen vanilla


Bahan B:
50 gm tepung gandum
40 gm walnut dicincang kasar
2 cawan corn flakes

Cara Cara
1. Alas bekas pembakar berukuran 3 cm X 30 cm dengan kertas aluminium
dan dilenser sedikit

2. Krim bahan (A – mentega dan gula aising), kemudian masukkan telur, di
ikuti esen vanilla selepas itu bahan (B) – gaul sebati.

3. Letak campuran keatas bekas yang disediakan. Ratakan nipis – nipis
4. Bakar dalam ketuhar yang bersuhu 150°C selama 10 – 15 minit atau
hingga kekuningan

6. Apabila telah sejuk, pecahkan menjadi kepingan.
*anda boleh juga menggunakan acuan kertas jika suka.






CORN FLAKES COOKIES – Kak Nor’s

200g     Plain Flour
100g     Custard Powder
1 tspn   Baking powder
100g     Corn Flakes
100g     Mixed fruit
200g     Margarine
125g     brown sugar
1 tspn   Vanilla Essence
1          egg yolk


1. Sift together ingredients
-          flour / custard powder / baking powder / corn flakes / mixed fruit
2. Butter , sugar, vanilla essence – beat until fluffy and add egg yolk. Beat well.
3. Fold in mixture and mix until it forms a soft dough.
4. Drop 1 teaspoonful of dough on lightly greased baking trays.
5. Bake in preheated oven at 180 for 15-20 minutes or until golden brown.

  

CRUNCH CHOCOLATE RICE

 
BAHAN A
160 GM MENTEGA
70 GM GULA CASTOR
 
 
BAHAN B
300 GM TEPUNG KEK
300 GM TEPUNG BERAS


BAHAN C
250 GM OAT
125 GM COKLAT URAI



BAHAN D
1 SUDU TEH ESEN VANILA1 BIJI telur

1. PUKUL BAHAN A SEHINGGA KEMBANG.
2. MASUKKAN BAHAN D DAN ADUN SEBATI..
3. MASUKKAN BAHAN B DAN C.
4. BENTUKKAN DOH KECIL-KECIL DI ATAS DULANG PEMBAKAR DAN BAKAR DI DALAM KETUHAR SELAMA 10 MINIT PADA SUHU 180’C.

Thursday 4 August 2011

Kek Seri Buah Buahan

Kek Seri Buah Buahan
 Bahan Bahannya:
  • 1½ cawan mentega
  • 1½ cawan gula halus
  • 3 cawan tepung gandum
  • 1½ sudu teh baking powder
  • ½ kotak mix fruit big sister
  • 2 sudu makan susu pekat
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 1 sudu teh esen oren
Cara Membuatnya:
Pukul mentega dengan gula hingga kembang. Kemudian masukkan susu pekat dan telur satu persatu serta esen sambil dikacau rata.
Campurkan tepung gandum dengan mix fruit dan baking powder setelah itu masukkan ke dalam adunan mentega tadi sambil digaul hingga rata.
Tuangkan adunan ke dalam acuan yang telah disapukan sedikit mentega kemudian dibakar selama 35 - 45 minit.

Kek Pisang

Kek Pisang
 Bahan Bahannya:
  • 400 gm mentega
  • ¾ cawan gula halus
  • 4 biji telur ayam
  • 2 biji pisang embun
  • 2 cawan tepung gandum naik sendiri
  • 1 sudu besar susu
  • ½ sudu teh esen vanila
  • *ovelette        
Cara Membuatnya:
Ayak tepung. Lecek pisang hingga lumat. Pukul mentega, gula dan esen vanila hingga naik. Masukan telur sebiji sebiji dan pukul lagi.
Masukkan pisang yang telah dilecek ke dalam adunan mentega kemudian masukkan sebahagian dari tepung dan gaul hingga rata. Tambahkan tepung sebahagian lagi dan balik balikkan. Tambahkan susu dan kacau.
Masukkan ke dalam acuan yang disapu dengan mentega dan bakar dengan api sederhana panasnya.

Kek Keju

Kek Keju
  
Bahan Bahannya:
  • 2 cawan biskut manis yang sudah dihancurkan
  • 100 gm mentega cair
Kedua dua bahan ini dicampurkan bersama sambil digaulkan hingga rata dan ditekankan adunan ini ke dalam acuan dan sejukkan sehingga keras didalam peti sejuk.
Bahan Untuk Isinya:
  • 200 gm Philadelphia Cream Cheese
  • 1 bungkus Jelly Lemon
  • 1 sudu besar gelatin
  • 1 tin susu pekat
  • 1 tin besar Nestle's Cream
  • 1 cawan air panas
  • 2 sudu besar air lemon
Cara Membuatnya:
Kacau Cream Cheese hingga cukup lembut. Cairkan Jelly Lemon dengan gelatin serta 1 cawan air panas.
Campurkan susu pekat ke dalam adunan Cream Cheese dan adunan Jelly Lemon sambil dipukul hingga rata.
Campurkan air lemon ke dalam Nestle's Cream sambil dipukul hingga sebati. Masukkan ke dalam adunan Cream Cheese. Tuangkan adunan ini ke dalam acuan yang berisi campuran biskut manis tadi. Setelah itu sejukkan kembali ke dalam peti sejuk selama 3 jam atau sehari semalam. Setelah itu bolehlah dibakar hingga masak.

Kek Coklat Hitam Manis

Kek Coklat Hitam Manis
 Bahan Bahannya:
  • 275 gm tepung gandum
  • 2 sudu teh baking powder
  • 100 gm serbuk koko
  • 1/2 sudu teh garam
  • 400 gm mentega
  • 375 gm gula kastor
  • 12 biji kuning telur
  • 10 biji putih telur
  • 3 sudu besar susu cair
  • 2 sudu teh esen vanila
  • 1 sudu besar esen coklat               
Cara Membuatnya:
  1. Ayakkan tepung gandum , baking powder,serbuk koko dan garam.
  2. Pukul mentega dengan 2/3 gula(250)sehingga kembang kira-kira 15 minit.
  3. Kemudian masukkan telur kuning sebiji demi sebiji sambil di pukul hingga sebati
  4. Pukul putih telur dng 125gm gula hingga kembang kira-kira 10-12 minit
  5. Setelah itu masukan adunan kedlm acuan mentega sambil di kacau. perlahan-lahan dan tambahkan susu cair,esen vanila serta esen coklat sambil dikacau lagi hingga kembang.
  6. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dlm acuan mentega hingga sebati. Bakar 180'c selama 45 minit.

Kek Buah

Kek Buah

Bahan Bahannya:
  • 1 lbs tepung gandum
  • 400 grm gula pasir – 6 sudu besar buat caremel
  • 1 lbs butter
  • esen vanilla
  • 6 biji telur
  • 375 grm mix fruit – di potong kecil
  • ½ gelas susu cair
Cara Membuatnya:
  1. Masak caremel dan sejukkan.
  2. Pukul butter dan gula hingga kembang
  3. Masukkan telur satu persatu.
  4. Masukkan esen vanilla
  5. Tepung di ayak kedalam adunan tadi diselang dengan mix fruit dan caramel.
  6. Akhir sekali masukkan susu cair.
  7. Masukkan adunan kedalam tin pembakar dan bakar selama 1 ½ jam.

Kek Batik Malaysia

Kek Batik Malaysia
  
Bahan Bahannya:
  • 300 gm biskut Mary
  • 220 gm mentega
  • 4 biji telur
  • ½ tin susu pekat
  • 1 gelas gula
  • ¼ gelas Nestume kasar
  • 1½ gelas susu cair
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 1 bungkus cooking chocolate
  • 1 cawan biji gajus
Cara Membuatnya:
Pukul mentega dengan gula sampai kembang. Masukkan telur satu persatu sambil dikacau hingga rata.
Cooking Chocolate dimasak dengan susu cair hingga hancur. Angkat dan sejukkan sebentar. Masukkan Nestum dan susu pekat ke dalamnya sambil dikacau hingga rata. Setelah rata masukkan ke dalam adunan mentega bersama esen vanila serta biji gajus yang ditumbukkan sedikit.
Masakkan semua adunan ini di dalam periuk sehingga pekat. Setelah itu patah patahkan empat biskut Mary dan masukkan ke dalam adunan tadi sambil dikacau hingga rata. Bila biskut tadi cukup lembut angkatkan adunan ini dan tuangkan ke dalam loyang kemudian di sejukkan di dalam peti sejuk.
Bahan Lapisan Atas
  • 1 bungkus agar agar Swallow (putih)
  • 150 gm pati santan
  • 150 gm gula
  • 50 gm tepung jagung
Cara Membuatnya:
Bancuhkan tepung jagung dengan 50 gm pati santan hingga sebati. Masakkan agar agar bersama 100 gm pati santan dan gula sehingga hancur. Setelah hancur tuangkan bancuhan   tepung jagung ke dalamnya sambil dikacau hingga cukup rata.
Bila telah masak bolehlah diangkat dan jika mahu boleh diwarnakan. Setelah itu tuangkan adunan ini ke atas loyang adunan chocolate tadi kemudian taburkan dengan sedikit biji gajus serta kelapa parut di atasnya dan sejukkan semula di dalam peti sejuk sehingga cukup keras.

Ayam

bestnya dapat makan ayam ni time berbuka nanti...wahhhh memang sedap!!!
Gulai nenas ikan kering orang utara Bahan-bahan:
1 paket serbuk kari ikan / ikan kering 
1 biji nenas 
Isi / tulang ikan talang kering 
Santan 
garam 
bawang merah 
daun kari 
minyak untuk menumis
Cara memasak : 
 
  1. Ikan talang direndam. 
  2. Rebus nenas yang telah dipotong bersama-sama dengan serbok kari sehingga hampir kering dengan api sederhana. Kemudian masukkan santan dan ikan talang tadi biarkan mendidih. 
  3.  Ketepikan. Garam bubuh kemudian sebab gulai tersebut mungkin telah masin dari isi ikan talang tersebut.(Rasa dulu)
  4. Bawang merah dimayang kemudian ditumis didalam kuali bersama-sama dengan daun kari. 
  5. Setelah garing masukkan bawang bersama-sama minyak tadi ke dalam gulai ikan tadi. 
  6. Kacau sebentar kemudian tutup periuk tadi. 
  7. Siap dan boleh dimakan. 
Mee Bandung Muar (resepi asli Muar)
Bahan-bahan:
1 kg mee kuning 
10 tangkai cili kering (buang biji dan rebus, toskan) 
1 labu bawang putih (diketuk) 
5 biji bawang merah 
½ cawan udang kering, direbus dengan secawan air (alternatively boleh guna sotong rendam, rebus juga, ini style Mee Bandung Tanjung Agas, Muar) 
½ cawan udang hidup 
1 cawan daging rebus (dipotong nipis) 
Sawi (sukatan ikut suka, potong anggaran 1 inci) 
Kobis (sukatan ikut suka, hiris kasar) 
¾ - 1 cawan gula pasir 
3 - 4 cawan air rebusan daging 
1 sudu makan sos tiram 
Telur ayam (mengikut jumlah hidangan) 
Garam secukup rasa 
Minyak untuk menumis 
Lain lain perencah e.g. daging ayam, fishballs, sotong, bunga kobis, hati rebus boleh dimasukkan mengikut individual preference. 
 Daun sadri & daun bawang, jika suka (dihiris)
NOTE: 
Mee bandung asli tidak mengandungi apa apa yang rasa masam, so, janganlah masukkan tomato puri/tomato sos/cili sos/asam jawa. Ini akan merosakkan keaslian rasanya. Ramai orang yang pandai-pandai modify mee bandung Muar ni by adding sour ingredients. Itu yang spoil tu.
Cara memasak: 
 
  1. Blend cili kering, udang kering & air rebusannya, gula, bawang putih & bawang merah. 
  2. Pijarkan sedikit minyak didalam kuali 
  3. Tumiskan bahan bahan yang dikisar. Jangan sampai garing 
  4. Masukkan sos tiram 
  5. Masukkan udang, daging rebus (dan bahan no. 15 jika ada). 
  6. Masukkan batang sawi dan air rebusan daging dan garam. Biar sehingga pekat

Untuk menghidang (Mee bandung ni tak sedap masak in bulk, so kenalah "bancuh" sepinggan-sepinggan.)
 
  1. Ambil sedikit kuah (dan rencahnya untuk satu orang makan) 
  2. Panaskan kuah dan masukkan sebiji telur, sehingga separuh keras. 
  3. Masukkan sayur dan bila agak lembut, masukkan mee kuning untuk satu orang makan 
  4. Masukkan kedalam mangkuk leper, telur letak diatas, taburkan daun sup & daun bawang, jika suka. 
  5. Hidangkan.
Nasi Dagang
 
Bahan-bahan:
 
5 cawan beras nasi dagang ATAU (3 cawan beras pulut + 2 cawan beras biasa) 
2 cawan santan pekat 
4 cawan santan cair 
2 sudu besar halba 
10 ulas bawang merah kecil, mayang halus 
6 ulas bawang putih, mayang halus 
1½ inci halia, dihiris halus (seperti batang mancis) 
Garam dan gula secukup rasa.
Cara memasak:
 
  1. Didihkan air didalam periuk kukusan 
  2. Gaul beras dan santan cair dengan sedikit gula dan garam 
  3. Alaskan kukusan dengan kain kapas yang bersih (seelok-eloknya dua inci melebihi paras bekas pengukus 
  4. Masukkan beras yang sudah bersantan kedalam pengukus dan kukus sehingga beras masak 
  5. Keluarkan beras yang sudah masak, masukkan ke dalam sebuah mangkuk besar 
  6. Semasa masih panas panas, gaul rata-rata dengan santan pekat (masuk sedikit-sedikit), bawang merah, bawang putih, halia dan halba. Sesuaikan gula dan garamnya. 
  7. Hidang panas-panas bersama kuah dan sambal kelapa.

Gulai ikan tongkol (atau ayam) untuk nasi dagang 
 
Bahan A
 
Dua ekor ikan tongkol sederhana besar 
5 keping asam gelugor 
2 inci halia, ditumbuk kasar 
3 ulas bawang merah kecil, ditumbuk kasar 
3 ulas bawang putih, ditumbuk kasar 
Sesudu makan garam dan sesudu teh gula 
Air untuk merebus (sekadar menutup ikan, lebihkan seinci)
Bahan B 
Santan pekat dari satu biji kelapa 
3 keping asam gelugor
5 ulas bawang merah kecil, ditumbuk 
4 ulas bawang putih, ditumbuk 
1 inci halia, ditumbuk 
Satu peket rempah kari Adabi, dibuat pes 
Satu sudu makan cili boh (kalau tak suka pedas, tinggalkan) 
1 cawan santan cair, dibancuh dengan sesudu makan asam jawa. 
2 sudu makan gula merah/ kabung/ melaka (atau kalau di Kelantan dipanggil "manisan") 
Garam secukup rasa 
Minyak untuk menumis
Cara memasak:
Rebus bahan A sehingga masak, dan renihkan selama setengah jam, kemudian ambil ikan sahaja dan ketepikan. 
Pijarkan minyak di dalam periuk 
Tumiskan bawang, bawang putih dan halia, sehingga naik bau 
Masukkan rempah kari dan cili boh (jika guna) dan goreng sehingga keluar minyak 
Masukkan santan cair yang telah dicampur dengan asam jawa dan ikan (ketepikan sekeping untuk sambal kelapa). Biarkan mendidih 
Masukkan santan pekat dan asam gelugor 
Bila mendidih masukkan gula merah 
Masukkan garam dan sesuaikan rasanya (kalau sudah masam, keluarkan asam gelugor) 
Biarkan renih selama 15 minit sebelum dihidangkan bersama nasi dagang.

 
Sambal kelapa untuk Nasi Dagang
 
Bahan-bahan: 
 
Kelapa parut (sebiji), disangrai sehingga perang 
4 sudu makan gula kabung (manisan) 
Sekeping ikan tongkol rebus, asingkan isinya sahaja
Cara memasak:
Tumbuk semua bahan-bahan sedikit demi sedikit. Pastikan kelapa tidak pecah minyaknya. Kalau tidak suka terlalu manis boleh kurangkan gulanya. Hidangkan nasi dagang dengan gulai ikan tongkol dan sambal kelapa. Boleh juga dimakan dengan sambal tumis dan acar timun.
NASI PAPRIK 
Bahan-bahan:
5 pinggan nasi putih panas 
1/2 kilo isi ayam/daging 
6 biji cili api, dihiris 
3 ulas bawang merah, dimayang halus 
2 ulas bawang putih, dimayang 
1/2 btg serai dihiris 
5 sudu sos cili 
2 sudu sos tomato 
1 sudu sos tiram 
3 btg kacang panjang dipotong 
2 sudu bawang goreng 
Garam secukup rasa 
sedikit minyak masak 
Cara memasak:
 
  1. Panaskan minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih. Bila kekuningan, masukkan cili api. Masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram, serai dan sedikit air selepas menggelegak, masukkan isi ayam/daging. 
  2. Masukkan garam secukup rasa kemudian kacang panjang dan nasi putih. Goreng selama 3 minit. hidangkan.
Soto Ayam
Bahan A 
1 ekor ayam di potong ikut suka 
3 biji bawang besar (potong 4) 
5 ulas bawang putih (di ketuk je) 
2 inci halia (di mayang) 
2 ketul sub bunjut (cap apa pun tak kisah) 
sedikit kayu kayan (bunga cengkeh, bunga lawang, kayu manis) 
Cara memasak:
 
  1. Semua bahan A nie hendaklah direbus 
  2. Bila ayam dah empuk dan semua bahan tu dah sebati masukkan la garam, pak aji, gula sikit.

Bahan B 
10 bijik bawang merah 
Cara memasak:
 
  1. Bawang ni di goreng dengan minyak baru (minyak yang belum digunakan) minyak ni agak2 , jangan banyak sangat 
  2. Bila dah kuning tuangkan bawang ngan minyak tu kedalam sup yang dah masak tu. 
  3. Tutup periuk sup supaya naik bau wangi bawang. 

Bahan c 
Daun sup dan daun Bawang 
Di potong dan masukkan dalam sup tu.
Sambal kicap 
Bahan-bahan: 
20 bijik cili api 
2 bijik limau kasturi (kalau limau nipis 2 belah) 
2 ulas bawang putih 
kicap 
sikit gula
Cara:
 
  1. Tumbuk cili ngan bawang putih , bila dah lumat 
  2. Masukkan dalam mangkuk, selepas itu tuang kicap, gula dan perahkan limau.
  3. Sedia untuk dimakan .