Friday 5 August 2011

PETUA

PETUA KESIHATAN


Salam sejahtera buat para pengunjung. Dibawah ini dikumpulkan beberapa petua kesihatan untuk tatapan anda. Semoga ianya akan memberi manafaat buat anda. Walaupun perubatan moden telah menjadi amalan kita dimasa ini, namun janganlah hendaknya kita melupakan terus petua-petua dari nenek moyang kita kerana ada keistimewaan tersendiri pada petua tradisi ini.
Hilangkan jerawat batu
Hilangkan jerawat batu dengan ambil sedikit beras, tumbuk hingga halus dan campurkan dengan sedikit air. Gunakan pada waktu hendak tidur, tiga kali seminggu.

Serikan wajah
Serikan wajah dengan rendamkan teh semalaman. Sapukan seluruh muka keesokkan harinya sebelum mandi. Wajah anda akan berasnsur-ansur licin serta kelihatan segar.

Menyegarkan kulit muka
Segarkan kulit muka dengan perahan jus epal hijau yang dikatakan menyegarkan kulit muka. Sapu kemuka dan biarkan selama 5 hingga 10 minit kemudian cuci muka dengan air bersih.

Rawat kulit melecur
Rawati kulit yang melecur dengan susu cair atau susu pekat manis. Tuang keatas bahagian yang terkena air panas. Pastinya ia tidak akan mengelembung dan berparut.

Hilangkan bau mulut
Hilangkan bau mulut dengan menumbuk lumat sepuluh kuntum bunga cengkih dan tiga ulas bawang putih.
Gosokkan pada gigi dan berkumur hingga bersih. Lakukan 3 hari sekali.

Masalah kencing manis
Ubati kencing manis dengan hempedu ayam. Simpannya di dalam peti sejuk. Esoknya ketika hempedu itu
telah beku, telannya bersama air sejuk. Lakukan selama seminggu.

Masalah senggugut
Daun betik dikatakan boleh menghilangkan sengugut. Ambillah segengam ditumbuk dan airnya hendaklah
diminum pada setiap pagi selama tiga hari pada setiap bulan.

Kulit perut berkedut
Elakkan kulit dibahagian perut berkedut dengan sesudu air kecil air limau nipis, sesudu air kapur sirih dan 20
titik minyak kayu putih. Gaul dan sapu pada kesan-kesan pecah dalam masa dua minggu.

Masalah kembung perut
Atasi masaalah kembung perut dengan dua ulas bawang putih. Bakar bawang putih tersebut dan kupas kulitnya dahulu serta makanlah bawang putih berkenaan.

Masalah sesak nafas
Atasi masaalah sesak nafas dengan merebus beberapa biji mata kucing. Apabila ia mendidih, sejukkan dan minum. Buat seberapa banyak yang boleh dan amalkannya selalu.

Masalah kencing tidak lawas
Atasi masalah kencing tidak lawas dengan menggunakan air basuhan beras yang ketiga. Minum air basuhan tersebut segelas setiap hari dan lihatlah perbezaannya.

Bibir Merekah
Minum air kelapa muda yang dicampur dengan kuning telur dan sedikit madu lebah. Amalkan meminumnya sekali dalam sehari dan nantikan hasilnya.

Segarkan Kulit Muka
Sapukan jus epal hijau kemuka dan biarkan selama 5 hingga 10 minit kemudian cuci muka dengan air bersih.

Rawati Kulit Melecur
Tuangkan susu cair atau susu pekat manis keatas bahagian yang terkena air panas. Pastinya ia tidak akan mengelembung dan berparut.

Merawat Sakit Tekak
Jika anda menghidap sakit tekak, anda perlu mendapatkan beberapa keping asam keping. Asam keping ini hendaklah dibakar hingga menjadi hangus. Setelah itu ditumbuk dan digaul dengan sedikit air sirih. Setelah itu sapukan pada bahagian tekak anda yang sakit. Insya Allah tekak anda akan sembuh seperti sediakala.
Mengurangkan Batuk
Ambil satu ataupun dua sudu nasi panas yang baru saja masak. Kemudian masukkan ke dalam cawan dicampurkan sedikit air. Setelah itu, embunkan nasi tersebut selama semalam. Keesokan harinya, minumlah air tersebut. Ulangi petua ini hingga beberapa hari. Insya Allah, batuk anda akan sembuh dengan segera.
Asma/Sesak Nafas
Ambil 4-5 helai daun buah keras laut. Ramaskanlah daun tersebut dengan air bersih. Kemudian saringlah setengah gelas. Embunkan semalaman sebaik-baiknya dilakukan pada waktu pagi. Apabila bangun tidur, ambil air tersebut dan dicampur dengan sedikit madu. Minumlah berulangkali setiap pagi ramuan ini.



Menurunkan panas badan
Daun bunga raya amat berguna unutk menurunkan panas badan ketika demam.

Ambil beberapa helai daun bunga raya dan ramas di dalam air hingga hancur.Sapukan pada kepala dan seluruh tubuh hingga basah. Biar kering sendiri dan ulang lagi hingga reda panasnya.
Manfaat Air Nenas
Kencing batu karang menyakitkan, badan berasa tidak arah dan demam. Setiap kali buang air berasa sakit. Mungkin petua ini dapat membantu anda. Kupas sebiji nenas dan cincang.Campur segelas air serta sedikit garam dan dikisar halus.Minum air nenas segelas setiap hari sehingga penyakit anda nampak pulihnya.
Menyegarkan Mata Gatal dan Letih
Ambil beberapa helai daun sireh muda.
Kemudian, cuci bersih. Ramas-ramaskan ia dan masukkan ke dalam air suam. Selepas itu, tapis airnya. Selanjutnya rendamkan mata sambil kerdipkan berulang kali. Lakukan selalu dan hasilnya anda akan merasai perubahannya.
Penawar Resdung
Petua yang paling mudah dan berkesan ialah dengan mengamalkan menyedut air ke dalam hidung (seperti sebelum kita ber wuduk).Kemudian picit sebelah hidung dan hembuskan sekuat hati. Buatlah berulang-ulang kali sehingga selesai kedua-duanya. Selepas itu basuhlah muka dengan bersih. Lakukan ini setiap kali setelah sampai ke satu-satu destinasi, baik ke pejabat,bersantai, beriadah atau pulang ke rumah malah ke mana saja. Kesannya sungguh menakjubkan.
Sembuhkan luka selepas bersalin
Bagi wanita yang baru bersalin dan ingin luka cepat sembuh, anda boleh amalkan petua berikut: Mula-mula ambil beberapa helai daun jambu batu dan dua keping asam keping. Kemudian rebus sehingga mendidih. Biarkan seketika sehingga air tadi menjadi suam. Cuci bahagian luka tadi dengan menggunakanair tersebut.
Insya Allah luka akan cepat sembuh.



Legakan Sakit Kepala
Setiap orang mungkin mengalami sakit kepala yang amat sangat akibat tekanan di tempat kerja dan sebagainya.Jadi untuk menghilangkan rasa sakit kepala itu, ambil tiga atau empat keping asam gelugor atau asam keping. Rendamkan dalam air suam semalaman. Minum air tersebut pada keesokkan harinya. Insyaallah sakit kepala anda akan hilang serta merta.



Kilatkan rambut dengan biji betik
Ambil biji betik yang sudah masak sebanyak dua genggam, Bersihkan kulit biji yang berair itu, dan jemursampai kering. Bila sudah kering, gorengkannya tanpa minyak sampai hangus. Setelah itu bolehlah ditumbuk atau digiling biji betik itu hingga lumat. Pindahkan pada piring dan bancuh dengan air. Sebelum menggunakannya bersihkan rambut anda terlebih dahulu . Keringkan rambut anda dan sapukan bahan tadi tanpa syampu. Anda akan dapat lihat hasilnya. Rambut anda akan kelihatan hitam dan berkilat.



Hilangkan Lemak
Jika anda mengalami masaalah berat badan anda boleh menggunakan air asam jawa sebagai minuman harian.ini kerana, air asam jawa boleh menjadi alternatif bagi mengurangkan lemak dalam badan anda. Caranya; Ambil sebuku asam jawa, Ramas dengan air sebanyak satu gelas. Masukkan air asamjawa tadi kedalam peti sejuk. Minum air tadi selepas makan tengahari atau selepas makan malam. Amalkan meminumnya setiap hari dan anda akan dapati tubuh anda bertambah segar dan langsing.



Merawat Ketumbit
Jika ada dikalangan keluarga atau rakan-rakan anda menghadapi masaalah ketumbit di mata, Tak perlulah risau kerana ianya mudah dirawat dengan bawang putih sahaja. Caranya, ambil seulas bawang putih, guris sedikit bahagian hujungnya dengan kuku agar keluar airnya dan sapukan pada kelopak mata yang ber ketumbit tadi 3 kali sehari. Insyaallah ketumbit akan beransur baik dalam masa singkat.



Menghilangkan Panau.
Panau adalah sejenis penyakit kulit yang tidak menyakitkan. Namun ianya membuat kulit anda kelihatan tidak menarik. Oleh yang demikian jika anda mengalami masaalah panau, cubalah petua di bawah ini:
Ambil lengkuas atau bawang putih, gosokkan pada panau itu sehingga kulit anda terasa perit dan kemerah-merahan. Ulangi selama seminggu. Insyaallah panau anda akan beransur hilang dan kulit anda akan kelihatan lebih menarik.



Melangsingkan badan.
Melangsingkan badan,cara paling mudah dan murah ialah:
1-Dua biji lobak merah dipotong
2-Sebiji mentimun segar,
3-Sebiji limau nipis,
Kemudian ketiga-tiga bahan ini dikisar dan diperah airnya untuk diminum.Amalkan dua kali sehari setiap pagi dan malam. Insyaallah badan yang gedempol akan beransur langsing dan menarik.



Awet muda dan menarik.
Wajah anda kelihatan tua kurang menarik dan berminyak.
Amalkan ketiga-tiga cara di bawah.
1-Banyakkan ketenangan, berzikir dan sentiasa mengingati Allah.
2-Minum segelas air suam setiap pagi sebaik bangun tidur.
3-Makan sehelai daun pegaga segar setiap hari selama 40 hari.



Khasiat bawang putih.
Mereka yang menghidap lelah dan semput seringkali menghadapi masaalah bila termakan makanan dingin seperti rambutan, mentimun dan betik. Untuk ke klinik kita akan mengambil masa dan kos yang tinggi, Oleh itu cubalah petua di bawah:
Dua ulas bawang putih-ditumbuk,
Tiga sudu minyak masak.
Campurkan kedua bahan tadi dan sapu pada leher, dada dan belakang. Dalam masa sepuluh minit kita akan lihat perubahannya. Ia juga boleh digunakan ketika batuk.





Senaman Untuk Wanita…

Senaman ini aku dapati di dalam sebuah majalah. Ianya adalah untuk perempuan yang ingin menjaga badan dan kesihatan. Kita sebagai wanita memang perlu menjaga badan tetapi kita tidak boleh mengikut gerak geri yang ditunjukkan sembarangan begitu menurut seorang tukang urut berkemahiran . Kadang-kadang kerana terlalu ghairah mau mengempiskan perut kita terlupa bahagian rahim yang amat sensitif dan boleh beralih jika salah teknik mengangkat kaki….misalnya mengangkat kaki untuk mengempiskan perut ditegah sama sekali mengangkat kedua-dua sekali gus kerana ia melibatkan pinggang dan rahim.
Bagi penjagaan dalaman pula, beliau menasihatkan supaya mengelakkan memakan pisang embun & jambu batu….kerana ia akan mengeluarkan air yang banyak..dan akan membuatkan ubat yang dimakan kurang mujarab.
Sebaik sahaja bangun dari tidur..terlentangkan badan, tadah tangan dan selawat ke atas nabi s.a.w sebanyak 3 kali. Usap muka dengan kedua-dua belah tangan bermula dari bahagian hujung dagu bawa ke bahagian kepala dan melurut ke belakang leher. Kemudian terus usap ke bahagian hadapan bawa ke bahagian peha seterusnya kaki dan bongkokkan badan hingga hujung jari mencecah belakang telapak kaki.. Rapatkan muka ke lutut dan tahan nafas seketika.
Kemudian ikutilah dengan senaman ringan..
Senaman (3) di atas adalah untuk mengempiskan perut bahagian bawah.
Pegang tangan di bahagian leher dan selesakan kedudukan. Tahan nafas sambil mengempiskan perut dan angkat kaki kanan perlahan-lahan dan berturut-turut. Buat mengkut kemampuan . Ulang dengan kaki di sebelah kiri dengan jumlah yang sama.
Senaman (4) pula untuk mengempiskan perut bahagian atas.
Dalam kedudukan yang sama luruskan kaki dan tanah nafas. Kempiskan perut dan angkat kepala…sehingga kepala renggang sedikit daripada lantai. Ulangi beberapa kali mengikut kemampuan.

Senaman Menjarakkan Anak…

Senaman di atas adalah untuk mereka yang berhasrat untuk menjarakkan anak. Setiap kali selepas bersama suami…jangan terus tidur.
Lurutkan tanah ke bahagian kaki sehingga ke hujungnya seperti di dalam gambar.
Silangkan kaki dan kempiskan perut. Pastikan kaki di bahagian atas terletak di bahagian kepala lutut dan pegang hujung jari kaki dengan tanah. Tahan nafas dan tarik hujun kaki ke ara dalam secara perlahan-lahan dan rapatkan kepala ke lutut dan rasakan regangan di bahagian belakang tubuh….

Kiwi Kaya Khasiat…

Buah kiwi merupakan buah mengandungi banyak khasiat. Ia mengandundi sumber yang paling mewah dengan vitamin E yang jarang boleh didapati daripada lain-lain jenis buah-buahan. Kandungan vitamin E di di dalamnya 2 kali ganda lebih banyak jika dibandingkan dengan buah avocado.
Vitamin E penting untuk mengekalkan kesihatan badan dan membantu melambatkan proses penuaan dan mengurangkan risiko sakit jantung.
Sebiji buah kiwi juga mengandungi 17 kali lebih banyak Vitamin C berbanding epal, 2 kali lebih banyak dari oren dan lemon.
Vitamin C membantu mengelakkan batuk dan selsema serta meredakan ketegangan. Selain dari pada itu kiwi juga mengandungi magnesum, kalsium dan fosforas.

Hilangkan Gelung Hitam…

Seandainya kita suka berjaga malam pasti kita akan mendapati bahagian bawah mata kita mempunyai gelung bewarna hitam. Untuk mengelakkan hitam disekeliling mata setiap kali bangun tidur…celupkan 2 jari kita ke dalam air sejuk berais dah sapukan di bahagian bawah mata sebelum mencuci muka.
Lakukan selalu…insyaallah gelung hitam akan hilang.
Sesekali ambil mentimun potong dan rehatkan mata dengan meletakkan hirisan timun di atas mata….lakukan seminggu 1 atau 2 kali…

Memutihkan wajah….

Bagi anda yang ingin memutihkan kulit wajah…cuba petua ini.
Ambil sebiji mentimun, basuh & parut. Ambil airnya. Campurkan sedikit madu. Pastikan wajah telah dibersihkan terlebih dahulu dan sapukan air parutan mentimun yang telah dicampur tadi sehingga rata. Biarkan beberapa mnit dan cuci dengan air bersih. Lakukan 2 kali seminggu…Insyaallah akan mendapat hasil yang memuaskan…

Petua Ketika Sdg Berpantang

Untuk mengecutkan rahim….

Agar rahim cepat mengecut setelah melahirkan…amalkan memakan jamu , bertungku atau bersalai. Satu lagi cara agar luka-luka bersalin cepat sembuh ialah…ambil sebiji atau 2 biji manjakani dan rendam dalam air panas untuk beberapa minit.
Setelah agak lembut, manjakani itu ditumbuk halus dan bulat2kan sebesar biji kacang…kemudian telan…amalkan pagi & petang…Insyaallah luka akan segera sembuh dan saluran peranakan serta rahim akan cepat mengecut.
Untuk memudahkan buang air besar….
Selalunya selepas melahirkan ibu-ibu sukar untuk membuang air besar. Dan sekiranya kita baru melahirkan memang dilarang keras kita meneran dengan kuat. Untuk mengatasi masalah ini …cuba ambil/makan daun sawi yang ditumis dengan sedikit air. Amalkan memakannya setiap hari.
Ketika aku berpantang dulu…aku amalkan memakan 1-3 biji buah prune kering sehari…bermula dari hari pertama melahirkan aku dah mengambilnya setiap hari. Alhamdulillah aku tidak pernah ada masalah membuang air besar….
Untuk mencantikkan pusat bayi…
Bayi yang baru tanggal tali puastnya perlu dijaga agar pusat tersebut tidak tersembul dan bayi tidak mudah terkena kembung perut.
Ambil seulas bawang putih (tumbuk pecah) sedikit jintan putih. Bungkus semuanya dalam kain dan ikat kemas. Panaskan diatas bara dan bila dah suam2 kuku…tuamkan pada pusat dan perut bayi perlahan2….buat juga pada telapak kaki bayi untuk mengelakkan kembung dan sejuk .
Setakat ini dulu petua dan panduan untuk mereka yang baru melahirkan…aku akan masukkan lagi sedikit demi sedikit petua yang berguna untuk pembaca.

Menegangkan Payudara…

Rendam suku mangkuk kacang hijau semalaman. Cuci bersih & kisar halus.
Cara menggunakannya ialah dengan menyapunya kacang hijau tersebut yang telah dicampur dengan sedikit air keseluruh payudara..kecuali bahagian puting yang ditutup dengan kapas basah. Kemudian tutup dengan kain bersih…biarkan kering. Kemudian bersihkan dengan air suam dan kemudian air sejuk…lakukan dua kali seminggu…

Elakkan kaki melecet

Untuk mengelakkan kaki dibahagian belakang yang selalu melecet bila memakai kasut baru….gosokkan lilin putih pada sekeliling tepi sebelah dalam kasut sebelum pertama kali dipakai. Selamat mencuba…

Mencerah bawah lengan…

Hampas kelapa yang telah diperah santannya jgn dibuang. Gunakan untuk menyental bahagian bawah lengan (ketiak) Lama kelamaan insyaallah kulit bahagian tersebut akan menjadi lebih cerah…

Jika mata terpercik air cili…

Ada diantara kita amat menggemari sambal belacan. Dan tidak boleh dinafikan sambal belacan yang di tumbuk memang lebih enak. Sekiranya ketika sedang menumbuk cili …air cili tersebut terpercik ke dalam mata…pergilah ke bilik air dan cuci ibu jari kaki. Sekiranya mata kanan yang kene…maka cuci lah ibu jari kaki kiri…dan jika mata kiri pula cucilah ibu jari kaki kanan. Ada juga orang menyarankan kita mengambil sedikit garam dan masukkan ke dalam mulut.
Insyaallah…selamat mencuba petua orang tua-tua ini…

Menghilangkan pijar pada tangan ..

Ada diantara kita mudah merasa pijar pada tangan apabila kita memegang cili. Dulu tangan aku begitu sensitif pada cili….kalau makan makanan yang pedas2 pun tangan aku boleh pijar. Untuk menghilangkan rasa pijar tersebut gosokkan tangan dengan garam selama 1-2 minit. Gosoklah di sekeliling jari jemari. Kemudian bilaslah dengan air…Insyaallah rasa pijar akan hilang.

Khasiat Lemon…

Mulakan hari anda dengan segelas air suam dan sehiris lemon bagi menggantikan secawan kopi atau teh.
Lemon membantu mencuci hati yang pada ketika itu fungsinya sangat aktif. Ia juga merangsang sistem pencernaan dan menjadikan anda lebih bertenaga. Ia juga berperanan membersihkan usus dan mempercepatkan proses penyingkiran toksin….

Kurangkan berat badan….

Aku pernah terbaca panduan untuk menurunkan berat badan. Memang kadang sukar untuk kita menurunkan berat badan lebih2 lagi bila usia dah meningkat. Berbagai faktor yang turut menyumbang kepada kesukaran tersebut. Adakalanya kita rasa seperti berputus asa dengan usaha-usaha yang kita lakukan selama ini. Melakukan pelbagai eksesais dan aerobik , berpeluh2 tapi masih turun sikit saja.
Kadang-kalau orang membuat persepsi bahawa orang-orang perempuan bimbang tentang berat badan kerana ingin cantik…sebenarnya itu adalah salah satu dari sebabnya tapi yang paling utama ialah kesihatan.
Di sini aku tuliskan sedikit panduan / tips yang ku baca untuk membantu mereka yang ingin menurunkan berat badan…
1. Tingkatkan pengetahuan tentang nutrisi makanan. Ambil tahu tentang ‘piramid makanan’ iaitu yang mana perlu kita ambil lebih dan yang mana perlu dikurangkan.
2. Jangan makan jika tidak berasa lapar. Ada kalanya kita makan kerana mengikut nafsu…atau merasa sayang pada makanan yang terbazir (aku selalu macam ni…sayangkan makanan yang tak habis tiap kali lepas makan).
3. Cuba makan buah untuk sarapan. Kerana buah kaya dengan serat untuk penghadaman. Dulu aku sekeluarga sering makan sarapan berat. Nasi goreng, mee goreng dan segala macam goreng. Tapi bila suami takde aku lebih suka sarapan dengan bijirin. Ini adalah salah satu cara untuk menambah pengambilan serat yang memang kita tau baik untuk tubuh. Cuma pastikan makan bijirin dengan susu rendah lemak.
4. Ucapkan Selamat Tinggal pada restoran makanan segera. Restoran makanan segera selalunya menyediakan makanan bergoreng yang kaya dengan lemak. Jadi seandainya anak2 beriya-iya benar untuk makan di Restoran makanan segera (memang kegemaran anak2)…maka kita boleh membuat pilihan untuk memesan salad sebagai menu kita.
5. Kalau pergi membeli belah…pergilah kebahagian menjual buah-buahan atau sayur-sayuran. Melihat pada sayur2 segar dan buah2an yang beranika macam pasti merangsang kita untuk membeli dan menjadikan ia salah satu sumber utama pemakanan….

Kesan Jerawat…

Untuk menghilangkan kesan jerawat diwajah. Ambil seberapa banyak kulit timun dan di kisar hingga halus. Pupurkan bahan tadi pada wajah dan biarkan setengan jam sebelum dibersihkan. Amalkan setiap hari agar kesan jerawat menjadi kurang.
Semoga mendapat hasil yang memuaskan….

Untuk Darah Tinggi…

Ambil beberapa batang serai …ketuk dan rebus bersama 4 mangkuk air, renihkan selhingga air rebusan menjadi semangkuk. Amalkan minum air rebusan tersebut dua kali sehari…Insyaallah…penyakit darah tinggi akan turun..
Selain dari itu amalkan memakan ulam-ulaman seperti Daun Tenggek Burung & Saderi. Bagi mereka yang tahan kepada rasa pahit yang amat sangat boleh lah amalkan meminum air batang bakawali. Ambil beberapa batang akar bakawali tersebut dihiris halus, keringkan dan simpan. Seminggu sekali ambil dalam segenggam akar bakawali yang dikeringkan itu dan rebus bersama sedikit air. Minum dan amalkan selalu…insyaallah tekanan darah tinggi akan berkurangan.

Kulit Muka Cerah dan Bersih….

Ambil sebiji ubi kentang yang telah dikupas kulitnya. Cuci bersih, potong kecil-kecil dan kisar halus. Campurkan dengan sedikit susu tepung dan gaul untuk dijadikan masker. Pupurkan pada wajah 2 kali sehari pagi & malam selama 10 hingga 15 minit. Bilas dengan air suam dan kemudian dengan air sejuk.
Lakukan seminggu 2 kali dan Insyaallah wajah akan cerah dan berseri…

Menghilangkan Jeragat…

Masalah jeragat memang menjadi masalah pada wanita yang telah meningkat usia. Untuk mengatasinya…ambil sedikit asam jawa dan campurkan dengan sedikit air..agar menjadi satu sebatian…
Sapukan pada muka yang bermasalah selama 15 minit…Kemudian cuci muka dengan air suam. Lakukan beberapa kali untuk beberapa hari. Ianya juga dapat menaikkan seri wajah….
- petua adalah dari Puan Nor Fauziah, Perak….Mingguan Wanita Ia juga sumber serat yang terbaik.



PETUA DI DAPUR
Semuga petua didapur yang kami paparkan dibawah akan dapat sedikit sebanyak membantu para surirumah yang menghadapi masaalah yang berkenaan perkara-perkara seperti dibawah.

Mudah mengopek kerang
Mudahkan mengopek kerang dengan mencampurkan sesudu minyak masak ke dalam air rebusan. Nescaya kerang akan tebuka sedikit dan memudahkan anda mengopeknya nanti.
Tauhu tahan lama
Bagi mencegah tauhu yang kita beli dapat bertahan lama, cuci dengan air bersih. Tus kan tauhu sehingga ia kering dan tuangkan air panas. Biarkan sehingga ia sejuk.
Memotong buah-buahan
Sebelum memotong buah-buahan, pisau hendaklah disapu dengan limau nipis terlebih dahulu. Dikatakan limau nipis mengelak potongan buah-buahan daripada menjadi lebam.
Hindari Kumbang Beras
Hindari beras daripada kumbang beras dengan meletakkan 7 hingga 8 tangkai cili kering kedalam tempat
menyimpan beras. Cili kering tersebut hendaklah ditimbus ke dalam beras tadi.
Masaalah Nasi Mentah
Sekiranya nasi yang kita masak tidak cukup masak atau mentah, jangan risau kerana masaalah ini masih boleh diatasi. Caranya mudah saja. Anda hanya perlu isikan air panas kedalam sebiji mangkuk kecil yang tahan panas. Buatkan lekuk pada bahagian tengah nasi, kemudian masukkan mangkuk yang berisi air panas tadi. Tutup periuk rapat-rapat dan biarkannya diatas api yang perlahan beberapa minit sehingga nasi masak.
Lauk Terlebih Masin
Kadangkala tanpa disengajakan, lauk yang kita masak menjadi terlalu masin dan ini menjadikan ianya kurang enak untuk dimakan. Untuk mengatasi masalah ini, mula-mula ambil sedikit daun pisang, cucikannya sehingga bersih. Kemudian masukkan kedalam masakkan itu tadi. Insyaallah rasa masin akan berkurangan.
Bubur kacang lebih enak
Sebelum merebus kacang, elok digoreng tanpa minyak terlebih dahulu. Goreng sehingga agak garing sedikit dan berbau wangi. Matikan api. Selepas itu rendam dalam air lebih kurang 2 jam supaya ia cepat kembang dan lebih cepat masak nanti. Insya-Allah anda akan dapat bubur kacang yang lebih enak kerana bangkit bau wanginya, apatah lagi di tambah dengan durian sebagai perisa tambahan.
Hilangkan lemak ayam
Basuh ayam dengan mengunakan air bersih kemudian buangkan air tersebut dan ambil tepung gandum, sapukan pada ayam tersebut dengan sedikit air selepas tu bolehlah ia nya di bersih semula mengunakan air. Selepas itu barulah puan campurkan dengan apa sahaja bahan yang hendak dicampurkan sebelum memasakkannya…
Melembutkan cucur kodok
Kalau anda inginkan cucur kodok anda lembut setelah dimasak, bancuhlah dengan air suam. Kemudian goreng seperti biasa. Cucur pasti lembut walaupun setelah sejuk.

Menghilangkan pahit peria
Peria memang pahit. Untuk menghilangkan pahitnya, potong peria dan rendam didalam air berisi garam halus. Setelah lebih kurang 25 minit, sejatkan dan masaklah peria tadi mengikut resepi anda.

Mengelakkan Tauhu melekat dikuali
Tauhu akan melekat jika digoreng. Taburkan garam halus pada permukaan
atas dan bawah tauhu sebelum digoreng. Hasilnya, tauhu tidak melekat lagi.

Mudahkan mengupas kentang
Basuh kentang terlebih dahulu, kemudian rebuslah kentang tersebut selama lebih kurang 5 minit atau sehingga hampir empuk. Sejukkan dan kemudian kupaslah kulitnya. Hasilnya kentang lebih cantik dan mudah mengupasnya.

Membersihkan siput sedut
Jika anda menghadapi masaalah untuk membersihkan siput sedut, petua dibawah ini mungkin berguna bagi anda. Ambil sebekas hampas kelapa, gaulkan siput sedut yang masih hidup itu dan biarkan semalaman. Esoknya barulah anda mula mengerat bahagian hujung cengkerang siput itu sebelum dimasak. dengan demikian bau lumpur dari siput itu akan hilang, malah bertambah rasa lemaknya apabila dimasak.

Mengharumkan dapur
Pada kebiasannya pada bahagian dapuranda akan berbau yang kurang menyenangkan, terutamanya apabila anda menyiang ikan.
Bagi mengatasi masalah ini,rebuslah beberapa keping kayu manis, bunga cengkih dan cuka biasa. Kemudian sembur atau lapkan air rebusan itu pada kabinet, jubin dan sekitar dapur. Ia berkesan bagi menghilangkan bau hanyir serta bau lain yang kurang menyenangkan

Membersihkan minyak gorengan
Jika anda menghadapi masaalah kehitaman pada minyak gorengan, ambil beberapa keping asam keping dan masukkan kedalam kuali bersama bahan gorengan anda. Asam keping tadi akan menyerap kehitaman pada minyak gorengan anda, dan hasilnya anda dapat menggunakan minyak gorengan tadi beberapa kali.

Mengembalikan kesegaran sayur
Jika anda menyimpan sayuran beberapa hari di dalam peti ais, kesegarannya akan hilang. Untuk mengembalikan kesegaran- nya, rendam sayuran tadi di dalam air yang dicampur sedikit cuka selama beberapa minit. Selain dari mengembalikan kesegaran sayuran itu, cuka juga bertindak menghilangkan kotoran pada sayur yand direndam tadi.

Petua dan Panduan…

Aku memang suka mengumpul segala panduan dan petua orang tua-tua. Arwah mak dulu memang rajin mengumpul petua-petua …apa saja petua yang dibaca atau didengar yang boleh memberi manafaat akan ditulis di dalam sebuah buku kecil. Arwah mak bukan saja mengumpul petua malah dia mengamalkannya juga.
Pernah satu ketika aku terjumpa timun yang sudah siap diparut disimpam di dalam petisejuk lalu bertanya pada mak….timun tu untuk disapu pada wajah untuk menyegarkan kulit muka…ala-ala masker gitu…
Di sebabkan kertas-kertas petua yang aku kumpul dah mula bersepah-sepah…maka aku mengambil keputusan untuk menulisnya di sini supaya dpt juga kita sama-sama memanafaatkannya….. Sebahagiannya dicopy dari familiazam.com Terima kasih.
Adalah diingatkan bahawa segala petua tidak akan menampakkan hasil jika tidak dilakukan selalu….

No comments:

Post a Comment