1/2 ekor ayam
8 keping Cendawan hitam - direndam 1/2 jam
1 inci halia - dihiris
1 biji bawang besar - dihiris
6 ulas bawang putih - dicincang
4 ~ 5 tangkai cili padi
Sedikit kicap lemak manis
Sedikit sos tiram
Cara memasak:
- Ayam dibasuh dan dipotong kecil2. Cendawan yang dah lembut ditoskan, buang tangkainya dan dipotong 4 (memanjang).
- Panaskan minyak dan tumis halia. Bila dah naik bau (halia dah kekuningan) angkat halia dan buang. Kalau tak buang pun tak apa.
- Masukkan bawang besar, bawang putih dan cili padi. Tumis hingga naik bau baru masukkan ayam. Kacau sekejap.
- Masukkan kicap dan sos tiram. Kuantiti kicap terpulang. Tak payah letak garam sebab sos tiram dah memang masin. Kalau untuk yang kuat masin, bolehlah letak garam sedikit. Kacau.
- Selepas tu, masukkan air secukupnya (dalam 2 cawan biasa).
- Bila dah mendidih baru masukkan cendawan. Kecilkan api dan biarkan hingga kuahnya pekat. (biasanya dalam 10 hingga 15 minit).
No comments:
Post a Comment